provinsi | daerah yg di bawah jagaan seorang gabenor wilayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wilayah | Ar jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi: ~ Jawa Barat; ~-~ Afrika Tengah; hak ~ Id hak utk menguasai tanah dll (tetapi tidak memiliki); kewilayahan sifat yg mementingkan wilayah atau daerah sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
champagne (syémpén) | sj wain putih dibuat di provinsi lama Champagne di Perancis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bupati | Id 1. kepala daerah (bahagian drpd provinsi); 2. pegawai istana yg tinggi (di Yogyakarta dan Surakarta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transaksi | IB 1. penyelesaian pembayaran dlm perniagaan (perdagangan); 2. persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urus niaga: bahasa Inggeris digunakan utk membuat ~ perdagangan dgn semua provinsi India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gabenor | 1. gelaran yg tidak digunakan lagi bagi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri (ketua negeri) Pulau Pinang dan Melaka; 2. ketua sesebuah negeri di Amerika Syarikat: ~ California; 3. orang yg dilantik (oleh raja dsb) utk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah (biasanya tanah jajahan); ~ jeneral ketua pemerintah negeri jajahan (tertentu); 4. Id ketua pemerintah provinsi, penyelia, pengurus, ketua (yayasan, bank, dll); 5. orang yg mengetuai sesebuah organisasi atau institusi: G~ Bank Negara Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |