Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikologi 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
psikologi1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan mema­hami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?Kamus Dewan Edisi Keempat
emosi/émosi/ 1 perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah. 2 keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. beremosi dgn emosi; emosional: Penceramah begitu ~ dlm menyuarakan pendapatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
emosi/émosi/ 1. perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah dll. 2. keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang.Kamus Pelajar
sains1 ilmu pengetahuan yg teratur dan dpt dibuktikan kebenarannya. 2 cabang ilmu pengetahuan yg ber­dasarkan kenyataan semata-mata spt kimia, fizik. ~ sosial cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menerjuni1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian;Kamus Dewan Edisi Keempat
merosot1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jiwa1 roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~ sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar). b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jiwa1. roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa:~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2. seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia:Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi;sakit ~ sakit batin atau gila. 3. orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1. mempunyai jiwa; bernyawa; hidup:Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2. bersemangat:Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar).b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai.Kamus Pelajar
jiwa1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan me­nge­nai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian per­sahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm ke­adaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu di­kuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mem­punyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk me­nolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai.Kamus Dewan Edisi Keempat
terjun1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi meng­kaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas