publisiti | 1. teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dsb) terutamanya melalui media massa: 2. perhatian umum: seberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya drpd ~; 3. maklumat yg disebarkan utk menarik perhatian umum: memberi ~ yg secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami; mempublisitikan menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara utk menarik perhatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum): semoga banyak pihak yg mementingkan perspektif agama ~ amalan spt sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
publisiti | 1 penerangan atau hal ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya. mempublisitikan menyebarkan maklumat ttg seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: Usaha sedang dijalankan utk ~ produk baru itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
publisiti | 1 penerangan atau hal mengenai seseorang (sesuatu peristiwa, keluaran dll) yg dihebahkan melalui alat sebaran am utk menarik perhatian umum: ~ penting utk memperkenalkan barang-barang baru. 2 Keadaan diketahui atau dilihat oleh orang ramai: Kemajuan sekolah itu tidak mendapat ~ yg sewajarnya. | Kamus Pelajar |
capap | slanga 1 publisiti atau tumpuan yang cuba diraih dengan melakukan sesuatu | Kamus DBP versi dalam Talian |