Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1 putih pudar air muka atau anggota lain (kerana takut, terkejut, sakit dsb). 2 agak putih warnanya: merah ~ merah yg keputih-putihan; ~ cengkung pucat serta kurus badannya; ~-lesi, = ~-pasi pucat sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pucat

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pasi; pucat-~ pucat lesi, pucat sangat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pucat1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh).Kamus Dewan Edisi Keempat
pucat-pasipucat lesi, pucat sangat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kusampudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat; kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuram­an: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pucat kusampucat lesi, sangat pucat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pudar1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak ber­seri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (per­gerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
manaipucat lesi (kerana kurang darah dll); pucat ~ sangat pucat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pucat lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar)pucat sungguh, pucat sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
mayattubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd ke­luarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pucat-pasipucat sungguh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas