Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puk I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
puk I1. bunyi spt bunyi orang memukul; 2. bp pukul.Kamus Dewan Edisi Keempat
puk IIKl 1. masak, empuk: ubi ini kurang ~; 2. getah yg berketul-ketul (tidak dimesin).Kamus Dewan Edisi Keempat
terperap1. tertahan, tidak terurus, tertum­puk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
belat I1. bidai, kerai; 2. sj bidai utk menangkap ikan; jenis-jenisnya: ~ Betawi, ~ kelong, ~ duduk = ~ kering = ~ Kedah = ~ kumbang, ~ langgai, ~ lengkung = ~ pantai = ~ teluk, ~ parit = ~ sungai, ~ puk; 3. Mn bilah-bilah buluh (papan) utk membalut tulang yg patah; ~ hanyut cakap kosong;membelat membalut dgn belat: tangannya yg patah itu dibelat oleh bomoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampuk1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung se­suatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan se­suatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup ke­malu­an anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegang­an cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk mang­gis; (memegang) ~ negeri (negara) (meme­gang) pemerintahan negeri (negara); ~ pe­merin­tah­an kuasa yg tertinggi dlm pemerin­tahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg ter­tinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang baha­gi­­an subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam seke­liling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencari­an­nya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tam­puk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas ber­permata.Kamus Dewan Edisi Keempat
perap II; memerap 1. mengurung (menyem­bunyikan) diri dlm rumah dll (tidak keluar­keluar): dia ~ sahaja di rumah; 2. mem­biarkan daging, ikan dsb yg telah digaul dgn bahan yg terdiri drpd sos, garam, rempah dsb, utk beberapa waktu sebelum dimasak: ~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman; ~ diri memerap; terperap 1. tertahan, tidak terurus, tertum­puk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya; perapan sesuatu (spt ayam, daging, sotong dsb) yg diperap, hasil memerap: ~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak; pemerapan perihal (perbuatan atau proses) memerap: ~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam; pemerap 1. (orang) yg bertabiat suka meme­rap: si anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yg ~; 2. bahan yg terdiri drpd rempah, herba, minyak, cuka dsb yg digaulkan pd daging, ikan dsb, dan di­biarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak utk menambah rasa dan melembut­kan daging, ikan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pupuk I1. benda yg digunakan utk menyu­burkan tanah (tanam-tanaman), baja; 2. se­suatu yg boleh menyebabkan subur (maju, ber­kembang, dll): nasihat itu dirasainya sbg ~ bagi cita-citanya yg ingin maju; kekalahan Jepun menjadi ~ yg memanaskan perkembangan baharu menuju kemerdekaan; ~ alam pupuk asli spt tahi binatang atau daun­daun (bukan yg dibuat oleh manusia), baja asli; ~ buatan pupuk yg dibuat secara kimia, baja buatan, baja tiruan; ~ hijau pupuk drpd daun atau tumbuh-tumbuhan, baja hijau; ~ kandang pupuk drpd tahi binatang (spt tahi lembu, kerbau, dll), baja kandang; ~ kuda pupuk drpd tahi kuda; memupuk 1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; pupukan hasil (perbuatan) memupuk: masyarakat mulai menerima ~ fikiran moden; pemupukan perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan; pemupuk yg digunakan (dipakai) utk memu­puk.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas