pukal | 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pukal | 1 bongkah; ketul; gumpal (bkn emas dll). 2 dlm kuantiti yg banyak: Minyak kelapa sawit diisikan ke dlm tangki utk dieksport secara ~. 3 tidak berbelah bagi (bkn hati dll): Oleh itu, terimalah pengajaran ilmu pengetahuan itu dgn hati yg tabah dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pukal | 1 bongkah; ketul; gumpal (bkn emas dll). 2 dlm kuantiti yg banyak: Minyak kelapa sawit diisikan ke dlm tangki utk dieksport secara ~. 3 tidak berbelah bagi (bkn hati dll): Oleh itu terimalah pengajaran ilmu pengetahuan itu dgn hati yg tabah dan ~. | Kamus Pelajar |
pemadam pukal(bulk eraser) | 1. Peranti yang memadamkan keseluruhan kandungan segulung pita magnet atau cakera magnet dengan menggunakan medan magnet kuat yang perlahan-lahan didekatkan pada jejak pita atau cakera ketika pita atau cakera sedang berputar. 2. Atur cara yang digunakan untuk memadamkan keseluruhan kandungan bahantara ingatan bermagnet dengan cepat. | Kamus Komputer |
urai | 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terabait | (térabait) 1. jumlah bait sebanyak 240; 2. unit yg digunakan utk menyatakan kemampuan storan pukal, spt cakera optik, yg berada dlm lingkungan trilion bait. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terabait(terabyte) | 1. Jumlah bait sebanyak 240 . 2. Unit yang digunakan untuk menyatakan kemampuan storan pukal, seperti cakera optik, yang berada dalam lingkungan trilion bait. | Kamus Komputer |
kerangka | 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn pengguna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangkanya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna). | Kamus Dewan Edisi Keempat |