pukang I | 1. paha (kuda, lembu, dll); 2. = sela ~ celah kangkang; 3. sudut jangka dll; memukang-mukang 1. memotong-motong atau mengerat-ngerat binatang yg disembelih, menyendi-nyendi, merincik-rincik (daging); 2. membagi-bagi, memecah-mecah (daerah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang I | 1 berlari pontang-panting atau lintang-pukang. | Kamus Pelajar |
tunggang-langgang | 1 berlari pontang-panting atau lintang-pukang. | Kamus Pelajar |
tunggang-langgang | 1 pontang-panting atau lintang-pukang (berlari dsb). 2 = tunggang balik dlm keadaan berguling-guling. menunggang-langgangkan 1 menyebabkan tunggang-langgang (berlari dsb). 2 menjadikan berguling-guling. 3 membelit-belitkan sesuatu perjanjian, perkataan dll; memutarbelitkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terdengar | 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang-langgang | berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memutarbalikkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haluan | 1 bahagian depan perahu dll: Dia berdiri di ~ perahu. 2 hala perjalanan dll; arah; jurusan: Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya. 3 sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haluan | 1. bahagian depan perahu dll: <i>Dia berdiri di ~ perahu.i> 2. hala perjalanan dll; arah; jurusan: <i>Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya.i> 3. sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan. | Kamus Pelajar |
pontang-panting | 1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir; 2. berlari tunggang-langgang (lintang-pukang); 3. berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa; berpontang-panting berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting; memontang-mantingkan 1. mengucar-ngacirkan, menyerak-nyerakkan; 2. mengguling-gulingkan, melempar-lemparkan, menghumbankan; terpontang-panting berlari tunggang-langgang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haluan | 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |