paluan | 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tamparan | 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faul | 1. perbuatan, tindakan dsb yg melanggar sesuatu peraturan dlm permainan atau sukan: setiap ~ yg dilakukan oleh pemain akan dicatatkan oleh pengadil; pemain itu telah melakukan banyak ~; 2. batal kerana tidak mematuhi peraturan dlm permainan atau sukan (bkn pukulan, dll); pukulan ~ pukulan yg menyalahi peraturan sukan atau permainan spt badminton, tae kwan do dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dera | 1. pukulan (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman; 2. = mendera; 3. ki seksa (hati, fikiran, dll); 4. denda, hukuman: dia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri; mendera 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas; deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera: pukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas drpd ~; penderaan perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut; pendera orang yg mendera: ~ kanak-kanak yg tidak berdosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palu | 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk meĀmalu: ~ beduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepukan | 1 pukulan utk menepuk; hasil menepuk. 2 hasil bertepuk (tangan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penangan | 1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
servis | 1 pukulan pertama atau giliran pemain memukul bola kpd pihak lawan (dlm permainan badminton, tenis dsb). 2 kerja-kerja menyenggara, membaiki kenderaan, jentera dsb. ~ kilas servis yg dilakukan dlm permainan badminton, pingpong dsb dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan. ~ kuda teknik hantaran atau sepakan pertama bola dlm permainan sepak takraw dgn menggunakan bahagian atas kaki. menservis menyenggara, membaiki atau membuat supaya (enjin, jentera dll) berada dlm keadaan yg baik utk digunakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tingkahan | 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
labrakan | 1. pukulan, hentaman; 2. serangan (dgn senjata); 3. celaan, kecaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |