pulan | 1. empuk atau lembut, tidak lembik (nasi dll); 2. belum masak benar lagi (ubi yg direbus dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permukiman | 1. kegiatan bermukim: ~ kum-pulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai; 2. tempat (daerah, kawasan) bermukim: | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petisyen | (pétisyen) 1. surat permohonan atau rayuan (biasanya ditandatangani oleh sekumpulan orang) kpd pihak berkuasa utk meminta sesuatu pertimbangan: mereka menandatangani tiga ~ tentang soal-soal persekitaran; 2. permohonan rasmi kpd mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil; pempetisyen orang yg mengemukakan petisyen: dlm kes ini, pihak ~ telah membentangkan beberapa kes utk menyokong hujahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancaragam | 1. sl bermacam-macam ragam; 2. muzik, bunyi-bunyian; 3. pasukan (kumpulan) pemain muzik: sebuah ~ mengikuti perarakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencabut | 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kumpulan dsb: ~ daun terup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dangdut | 1. irama lagu pop Melayu (yg melebihkan bunyi gendang); 2. orkes atau kumpulan muzik Melayu; berdangdut berjoget (menari) mengikut rentak dangdut: di kota itu, kamu boleh berdisko atau ~, semuanya ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegakkan | 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuhkan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau mempertahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pendapat, pendirian, kebenaran, dll), memper-tahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendepak | 1. menyepak, menendang: pengganas-pengganas telah ~ orang-orang yg membantah kehendak mereka; 2. ki memberhentikan (drpd jawatan, perkumpulan, dll), memecat: ahli itu telah didepak drpd persatuannya kerana tidak patuh kpd undang-undang persatuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trio | 1. gubahan lagu atau irama utk tiga suara atau tiga alat muzik; 2. kumpulan drpd tiga orang penyanyi atau pemain muzik; 3. kumpulan drpd tiga orang atau benda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikologi | 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil? | Kamus Dewan Edisi Keempat |