Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pulang1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian.Kamus Dewan Edisi Keempat
hamil1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulan­nya maka beranak seorang laki-laki; 2. kandungan: ~ perempuan itu terlalu besar; menghamili menyebabkan seseorang me­ngan­dung: selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda; menghamilkan 1. membuntingkan, me­ngan­dungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili; kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertam­bah di Malaysia; ~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim; ~ palsu keadaan wujudnya tanda-tanda ke­hamilan spt tidak datang haid dan perut yg membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon; penghamilan perihal menghamilkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
memulangkan1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memulangkan1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
benua1. daratan yg sangat luas (Asia, Eropah, Amerika, Afrika, dan Australia): ~ Eropah; 2. negeri, tanah: ~ China; ~ Arab; spt burung gagak pulang ke ~ prb orang pulang merantau jauh yg tidak bertambah pengetahuannya; kebenuaan bersifat benua: iklim ~ terlalu panas dan terlalu sejuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjelang1 pergi atau datang melihat; menghadap (raja dll); mengunjungi; menziarahi: Sejak pulang dr luar negara, dia belum ~ neneknya lagi. 2 sudah dekat waktunya; sudah hampir masanya: ~ subuh, barulah ia pulang. 3 dlm masa atau dlm proses wujudnya sesuatu; sementara menanti: ~ terasasnya sistem Residen dlm tahun 1874, perusahaan timah telah merosot dgn hebatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelang; menjelang 1 pergi atau datang melihat; menghadap (raja dll); mengunjungi; menziarahi: Sejak pulang dr luar negara, dia belum ~ neneknya lagi. 2 sudah dekat waktunya; sudah hampir masanya: ~ subuh, barulah ia pulang. 3 dlm masa atau dlm proses wujudnya sesuatu; sementara menanti: ~ terasasnya sistem Residen dlm tahun 1874, perusahaan timah telah merosot dgn hebatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
empapMn 1. campak, lempar, hempas; 2. = berempap bermain judi dgn melambungkan atau melemparkan wang ke atas; pergi ~ pulang eban Mn prb (perihal berjudi) tidak menang, tidak kalah (pulang modal); mengempapkan menghempaskan, menjatuhkan kuat-kuat; terempap jatuh terhempas atau tertiarap.Kamus Dewan Edisi Keempat
berulang1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali;Kamus Dewan Edisi Keempat
empunya1 tuannya; pemiliknya: Harta pulang ke ~. 2 punya; mempunyai: yg ~ pemilik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas