pulasan | nama sj pokok atau buahnya (pokoknya spt pokok rambutan), Nephelium mutabile. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pulasan hutan | a) sj tumbuhan (pokok tinggi yg buahnya manis), buah nangka pipit, kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, Nauclea maingayi; b) sj tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi, kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, Anthocephalus cadamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulasan | sj tumbuhan (pokok spt pokok rambutan), arang para, gerat, merat, mutan reba, rambutan kafri, Nephelium mutabile; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok tinggi yg buahnya manis), buah nangka pipit, kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, Nauclea maingayi; b) sj tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi, kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, Anthocephalus cadamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulasan | 1. yg sudah dipulas (diwarnai); 2. = berpulasan ki nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu; 3. ark tayar yg dipulas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulasan | nama sj pokok atau buahnya (pokoknya spt pokok rambutan), Nephelium mutabile. | Kamus Pelajar |
merah pulasan | merah spt kulit buah pulasan masak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merah pulasan | merah spt warna kulit buah pulasan masak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
maritam | Br pulasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merah | /mérah/ warna spt warna darah. ~ jambu (muda) merah keputih-putihan. ~ kesumba merah tua. ~ lembayung merah bercampur ungu. ~ marak (menyala) sangat merah; merah yg sangat terang. ~ padam merah spt warna bunga padma (bkn warna muka ketika marah). ~ pulasan merah spt warna kulit buah pulasan masak. ~ telinga marah. ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan. ~ tua merah kehitam-hitaman. memerah menjadi merah: Kaki langit mulai ~. memerahi menjadikan merah (oleh sesuatu): Jari-jari pengantin itu dimerahi inai. memerahkan menyebabkan jadi merah (dgn menggunakan sesuatu): Gadis itu ~ bibirnya dgn gincu. kemerahan keadaan merah. kemerah-merahan agak merah; seakan-akan merah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rambutan kapri | sj tumbuhan (pokok), pulasan, mutan reba, sanggul lotong, Nephelium mutabile; | Kamus Dewan Edisi Keempat |