panggang | yg dimasak (dipanaskan, didinginkan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan; memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya; panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang; pemanggangan perihal (proses atau perbuatan) memanggang; pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulut II | 1. = beras ~ = sipulut Mn sj bijian spt beras tetapi lebih berkanji, beras ketan; 2. sj penganan yg dibuat drpd beras ketan; jenis-jenisnya: ~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang, ~ udang, ~ urap, dll; dilihat ~, ditanak berderai prb Mn apa yg kelihatan pd lahirnya berlainan dgn keadaan sebenarnya (kelihatan sbg orang kaya tetapi sebenarnya miskin dll); sebab ~ santan binasa sebab mulut badan binasa prb perkataan yg tajam itu kerap kali mendatangkan kecelakaan kpd diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |