walaupun | biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walau | 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takdir I | = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya; mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg dahsyat;ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll): sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sementang | 1. = ~ pun sungguhpun, walaupun, biarpun: ~ pun patik orang Bugis tiada akan mengamuk; 2. = sementang-mentang, se-mentangkan kerana ... maka, mentang-mentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semiang | = ~ kalam sedikit benar; ~ pun tak ada sedikit pun tidak ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengutit | meniup (serunai, seruling): maka nobat pun dipalulah dan nafiri pun diutitlah terlalu merdu bunyinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utit | ; mengutit meniup (serunai, seruling): maka nobat pun dipalulah dan nafiri pun diutitlah terlalu merdu bunyinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepok I | (tépok) lumpuh disebabkan oleh sesuatu penyakit (kaki, tangan): adapun Bendahara Paduka Tuan itu telah tualah, giginya pun habis, kaki pun telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pun | 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpah | terkeluar, keluar dr bekasnya (benda cair, beras, dll): hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya; maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi; tanah (tempat, negeri dsb) ~ darah tempat dilahirkan; ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg baru bersalin, keguguran dsb), turun darah; ~-ruah tumpah banyak-banyak; menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pd; menumpahkan 1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah: siapa yg ~ beras dr guni ini? 2. ki memberi (perhatian dll), mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki mengeluarkan atau melahirkan (perasaan dll): dia membiarkan orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya; ~ darah melakukan pembunuhan (peperangan dll); tertumpah 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; tumpahan sesuatu yg tumpah (ditumpahkan), curahan: terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu; ~ minyak tompokan minyak yg terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat drpd minyak yg tumpah dr kapal disebabkan perlanggaran dsb; ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: bajunya ~ kuah; pertumpahan perihal tumpah; ~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dll); penumpahan perihal menumpahkan, pen-curahan; ~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |