Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1 bahagian hujung tali (benang dll); hujung atau sudut kain (selendang) yg lepas tergantung: ~ tali pancing. 2 sebab yg menjadi asas; asal mula; pokok pangkal: Apakah yg menjadi ~ perbalahan ini? 3 tempat datangnya sesuatu; sumber (berita dll): Khabar ini didapat dr ~-~ yg boleh dipercayai. ~ kuasa dua ist pembahagi sesuatu kuantiti yg apabila digandakan dua kali akan memberikan nilai kuantiti tsb (spt punca kuasa dua 4 ialah 2; Ö4 = 2). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,

Puisi
 

Sapu tangan punca merah,
     Mari sarung cincin suasa;
Luka tangan tampak berdarah,
     Luka hati menahan rasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika berjumbai tempat bergantung.

Bermaksud :

Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
layak I1. padan, patut, sesuai: makanan spt itu hanya ~ utk anjing sahaja; maka barang siapa datang pd baginda, masing-masing pd ~nya diberikan oleh baginda; menurut punca-punca yg ~ dipercayai; 2. mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dsb) yg ter­tentu atau yg sewajarnya (utk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yg ditentukan (utk sesuatu); 3. laku, rupa: engkau hina aku spt mengusir seekor anjing yg berkurap ~nya; selayaknya sepatutnya, sepantasnya: ~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula; melayakkan menjadikan layak, memadan­kan, menyesuaikan: hanya diri dan kaum kita sahaja yg mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yg halal; kelayakan kebolehan, kecekapan, kesanggup­an: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; berkelayakan mempunyai kelayakan, ber­kebolehan, cekap: seorang pegawai yg ~ dihantar utk memeriksa hal ehwal kewangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pindahan bit(bit transfer)Pindahan data dalam bentuk bit dari satu punca ke punca lain.Kamus Komputer
strim data(data stream)1. Pergerakan data dalam saluran penghantaran yang biasanya dikira untuk sekali pengendalian membaca atau menulis. 2. Kumpulan data yang mengalir berterusan dari satu punca ke punca yang lain.Kamus Komputer
longgokan aben(abend dump)Cetakan kandungan ingatan dan daftar tertentu selepas terjadinya pengakhiran abnormal untuk membantu pencarian punca kegagalan atau punca ralat. Lihat juga pengakhiran luar biasa.Kamus Komputer
punca IIMn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin).Kamus Dewan Edisi Keempat
punca pendapatanperkara yg mendatangkan pendapatan;Kamus Dewan Edisi Keempat
punca kekayaansumber kekayaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
punca hasilsumber pendapatan;Kamus Dewan Edisi Keempat
punca persamaan(Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
punca ganda tiga (3 )(spt 3 8 = 2 dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas