Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,

Puisi
 

Cekur manis cemperai hidup,
     Lada muda di punca kain;
Saya tak tangis bercerai hidup,
     Badanku muda mencari lain.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nadi1. denyutan tetap pd arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya boleh dirasa di pergelangan tangan: gerak ~nya semakin cepat; 2. = urat ~ pembuluh darah pd per­gelangan tangan (terasa berdenyut-denyut); 3. = urat ~ ki unsur atau faktor yg menjadi asas atau penggerak utama kpd sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan, dll), punca hidup, jiwa: kebanyakan negara membangun turut mengikuti falsafah pem­bangunan yg berteraskan sektor perkilangan sbg ~ pembangunan; masjid itu dlm erti kata sebenarnya menjadi jantung dan ~ perkumpulan itu; batang ~ pembuluh darah yg besar; pembuluh ~ pembuluh darah dr jantung; tinggal ~ prb perihal orang yg sakit tenat; bernadi ada nadi, berdenyut nadi; dia sudah tidak ~ lagi sudah mati.Kamus Dewan Edisi Keempat
makan di punca kainKl hidup melarat;Kamus Dewan Edisi Keempat
wayar hidupwayar yg disambungkan kpd punca kuasa elektrik utk mengalirkan tenaga elektrik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wayardawai; kawat: ~ elektrik; ~ telefon. ~ bumi wayar yg menghubungkan litar elektrik dgn bumi (utk tujuan keselamatan). ~ hidup wayar yg disambungkan kpd punca kuasa elektrik utk mengalirkan tenaga elektrik. ~ neutral wayar yg tidak mempunyai sebarang cas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wayar~ bumi wayar yg menghubungkan litar elektrik dgn bumi (utk tujuan keselamatan). ~ hidup wayar yg disambungkan kpd punca kuasa elektrik utk mengalirkan tenaga elektrik.Kamus Pelajar
benih1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
lampau1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keter­laluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; per­ubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melam­pau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mula1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap).Kamus Dewan Edisi Keempat
dawaitali drpd logam (digunakan utk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dll), kawat; ~ duri dawai berduri yg dibuat pagar; ~ gelang (kasar) ark dawai telegraf; ~ hidup dawai yg mengalirkan arus elektrik; ~ ketegangan tinggi kawat yg mengaruskan tenaga elektrik yg tinggi; ~ mata punai dawai yg dianyam (digunakan utk membuat kandang ayam dll); umpama ayakan ~ prb pekerjaan seseorang yg tidak cermat; mendawai memasang dawai atau kawat: dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~; mendawaikan memasang dawai elektrik (pagar, dll): punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram; pendawaian proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya; pendawai orang yg kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebabyg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas