rabung | 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabung | 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pd bahagian tepi sesuatu alat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rabung | 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pd bahagian tepi sesuatu alat. | Kamus Pelajar |
perabungan | puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perabung | , perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gonjong | tirus (lancip) ke hujung atau ke puncak (spt bentuk bumbung rumah dll), runcing; bergonjong berbentuk gonjong; rumah ~ rumah yg bumbungnya tirus (lancip) ke puncak (spt rumah Minangkabau). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bumbung I | bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dsb yg menahan hujan dan cahaya matahari drpd masuk ke dlm, atap; ~ limas bumbung yg berbentuk piramid; harga ~ (Eko) harga maksimum sesuatu barangan yg ditetapkan oleh pihak berkuasa; kuda-kuda ~ kayu penyangga balak bumbungan; tulang ~ balak yg memanjang di puncak rumah;membumbung naik ke atas, mengepul ke atas (asap dll), meninggi: asap naik ~ tinggi; khayalanmu dapat ~ setinggi langit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulang bumbung | balak yg memanjang di puncak rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulur I | 1. pucuk ranting drpd tumbuhan yg melata atau melilit, carang, julai; 2. akar yg tumbuh drpd cabang dll (pokok beringin, ara, dll); 3. (Bio) tunas yg menjulur (drpd tumÂbuhan spt bawang dll); 4. Id garisan (dawai dll) yg berlingkar-lingkar spt spring; ~ batang berbentuk melingkar-lingkar spt spring; ~ bayung sj ukiran yg berupa tunas (pd bumbung dll); ~-bulur a) berbelit-belit tidak keruan; b) tidak menentu (percakapan dll); ~ paut sj julai yg tidak berdaun drpd beberapa jenis tumbuhan (utk berpegang atau berpaut pd batang lain); ~ tiang sambungan pd puncak tiang; bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya; menyulur keluar memanjang (tunas drpd beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur; sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yg menÂjalar (rotan, sirih, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |