kandung | 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekencingan | 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengencingan | 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung kencing | Id pundi-pundi kencing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pundi-pundi kencing | kantung kecil dlm badan yg berisi air kencing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salur buah pinggang | saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salur | sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistisis | (Ubat) radang pd pundi kencing, terutamanya pd perempuan, yg disebabkan oleh jangkitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prostat | (Bio) kelenjar yg mengelilingi leher pundi kencing dan uretra pd lelaki atau mamalia jantan, merembeskan cecair yg merupakan sebahagian drpd air mani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uretra | /urétra/ ist saluran yg mengalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |