kisaran | putaran, pusingan; ~ angin pusingan angin; ~ biji mata putaran biji mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raun | bp pusingan: satu ~ satu pusingan (menari, bermain dsb). meraun berjalan berkeliling; meronda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pusingan | 1 gerakan berpusing; putaran: ~ kipas angin itu dpt dilajukan dan dpt pula diperlahankan. 2 bahagian tertentu dlm sesuatu permainan; babak: Muhammad Ali berjaya mengalahkan lawannya dlm 12 ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pusingan wang | (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusingan | 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusingan | 1 gerakan berpusing; putaran: ~ kipas angin itu dpt dilajukan dan dpt pula diperlahankan. 2 bahagian tertentu dlm sesuatu permainan; babak: Muhammad Ali berjaya mengalahkan lawannya dlm 12 ~ saja. | Kamus Pelajar |
menurut pusingan jam | mengikut arah pusingan jarum jam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raun | bp pusingan: satu ~ satu pusingan (menari, permainan dsb). meraun berjalan berkeliling; meronda.. | Kamus Pelajar |
edaran | 1. perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2. sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). | Kamus Pelajar |
ritma | 1. urutan proses semula jadi yg berulang dlm sela masa yg tetap: kiraan ~ dapat membantu jika pusingan haid anda tetap, namun kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan haid yg tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung; 2. IB irama: salah satu hasilnya ialah ~ drama yg teratur dan agak halus; manakala ~ pula merupakan alunan yg teratur dan berulang-ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu; beritma berirama: gerak-geri yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |