Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raba
Kata Terbitan : meraba, meraba-raba, merabai, teraba-raba, rabaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
raba Itekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (me­me­gang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak me­lihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba muka­nya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perem­puan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan me­nge­luar­kan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan se­suatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawab­annya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselin­dung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakai­annya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
rabaan1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
raba; meraba 1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya, kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. rabaan sentuhan kerana hendak merasa atau mencari sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
raba; meraba1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. rabaan sentuhan kerana hendak merasa atau mencari sesuatu.Kamus Pelajar

Kembali ke atas