raban | ; bahasa ~ ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan), bahasa yg bercampur aduk; meraban 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya; jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa raban | ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan), bahasa yg bercampur aduk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyanyuk | berkelakuan spt kanak-kanak (bkn orang yg sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bkn fikiran orang yg sangat tua), raban: entahlah, orang tua itu sudah ~ betul; menyanyukkan menyebabkan nyanyuk; kenyanyukan perihal (keadaan atau sifat) nyanyuk: mereka menyaksikan ~ orang tua itu dgn rasa insaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |