pelana | 1. lapik tempat duduk belakang kuda dll, sela: kuda kami sudah dikenakan ~ dan sudah dimuati dgn makanan; 2. (Geog) genting di antara dua kemuncak yg sama bentuk dan tingginya: bahu, genting, dan ~ semuanya terdapat di rabung-rabung bukit; 3. (Bio) bahagian cacing dll yg tebal (yg mengeluarkan kelongsong utk telur); berpelana memakai pelana; memelanai mengenakan pelana pd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabung | 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pd bahagian tepi sesuatu alat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rabung | 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pd bahagian tepi sesuatu alat. | Kamus Pelajar |
rabung | 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercakap rabung | bercakap besar (banyak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air pasang rabung | pasang yg naik tinggi-tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susuh bukit | rabung bukit yg menganjur turun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
legeh | (légéh) rabung yg memisahkan dua sistem saliran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air pasang merabung | air pasang rabung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susuh | ~ bukit rabung bukit yg menganjur turun. | Kamus Pelajar |