pelana | 1. lapik tempat duduk belakang kuda dll, sela: kuda kami sudah dikenakan ~ dan sudah dimuati dgn makanan; 2. (Geog) genting di antara dua kemuncak yg sama bentuk dan tingginya: bahu, genting, dan ~ semuanya terdapat di rabung-rabung bukit; 3. (Bio) bahagian cacing dll yg tebal (yg mengeluarkan kelongsong utk telur); berpelana memakai pelana; memelanai mengenakan pelana pd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabung | 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabung | 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pd bahagian tepi sesuatu alat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rabung | 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pd bahagian tepi sesuatu alat. | Kamus Pelajar |
susuh | 1 duri yg besar pd tumbuh-tumbuhan. 2 = ~ ayam semacam jari yg keras lagi tajam di belakang kaki ayam. 3 pacu pd tumit kasut utk memacu kuda. ~ bukit rabung bukit yg menganjur turun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susuh I | 1. duri yg besar (pd tumbuh-tumbuhan); 2. = ~ ayam bahagian yg keras lagi tajam pd kaki ayam jantan, jalu; 3. sj pasak atau baji (utk mengetatkan rasuk, pelancar, dll); 4. pacu atau taji pd tumit kasut (utk memacu kuda); 5. sj pengait (dr kayu); 6. rabung bukit (gunung) yg menganjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |