tindak balas penyesaran | (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindak balas penggantian | (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radikal II | ist kumpulan atom spt (NH4)+ dll yg bertindak sbg satu atom dlm tindakan kimia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radikal I | 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya (menyeluruh dan menjejaskan): perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radikal bebas | (Kim) atom atau kumpulan atom yg mempunyai elektron luar yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radikal II | ist kumpulan atom spt (NH4) + dll yg bertindak sbg satu atom dlm tindakan kimia. | Kamus Pelajar |
radikal I | 1 berkaitan dgn dasar atau asasnya; dgn lengkap dan teliti: perubahan yg ~. 2 cenderung kpd perubahan asas (dasar): puak ~. | Kamus Pelajar |
radikal | 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempengaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mempunyai elektron luar yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif; meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatuan sekerja yg tradisional; keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
revolusi | (révolusi) 1. perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt rusuhan dan pemberontakan bersenjata: Angkatan 45 lahir sbg pernyataan ~ Indonesia; 2. perubahan yg menyeluruh dan mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb; R~ Hijau gerakan utk meningkatkan hasil tanaman di negara-negara sedang membangun melalui teknik pertanian moden, spt kesuburan tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dsb; ~ mental revolusi fikiran, perubahan pemikiran secara menyeluruh; berevolusi mengadakan revolusi; merevolusikan mengubah sistem pemerintahan (sosial dll) dgn kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm sesuatu bidang secara radikal (meluas, menyeluruh, dan cepat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keradikalan | perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |