gambar rajah logik(logic diagram) | 1. Gambar rajah yang memaparkan reka bentuk logik sistem. 2. Gambar rajah yang memaparkan tatasambung litar unsur litar logik. 3. Gambar rajah yang memaparkan rupa bentuk gelombang logik litar. | Kamus Komputer |
segi | 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam ~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga ~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4. Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suami-nya memang berhak beristeri lagi; bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lakar | 1 masih dikerjakan; belum siap lagi (bkn perahu dll). 2 = lakaran gambar yg dilukis secara kasar; rajah. melakar melukis secara kasar; membuat rajah. melakarkan membuat rajah (rangka) sesuatu benda; merajahkan. pelakaran perihal, perbuatan dsb melakar atau melakarkan. pelakar 1 orang yg membuat lakaran. 2 alat yg digunakan utk melakar atau melakarkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gambar rajah aktiviti(activity diagram) | Gambar rajah yang memodelkan kegiatan sesuatu proses. Dalam gambar rajah ini, kotak digunakan untuk menunjukkan proses tersendiri dan anak panah digunakan untuk menunjukkan kekangan atau mekanisme yang digunakan. Singkatan aktigram. | Kamus Komputer |
gambar rajah pengkabelan(cabling diagram) | Gambar rajah skema yang menunjukkan kedudukan fizikal dan sambungan kabel di antara sistem. Gambar rajah ini digunakan sebagai rujukan untuk memasang atau memperbaiki sambungan kabel dalam sistem. | Kamus Komputer |
sempadan | 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah spt pd rajah segi tiga, segi empat dsb; sisi. | Kamus Pelajar |
rajah kayu | a) sj tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena porteri (congesta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rajah bangun | sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rajah II | ; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena porteri (congesta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rajah asas(elementary diagram) | Gambar rajah yang terdiri daripada sambungan unsur asas yang dibentuk dengan menggunakan sistem reka bentuk bantuan komputer. | Kamus Komputer |