akaun | 1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yg melibatkan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak mengeluarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ simpanan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakaman | apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rakaman | sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakaman menegak(vertical recording) | Teknik merakamkan data pada bahantara storan dengan menindan bit data di atas satu sama lain berbanding dengan cara biasa yang merakamkan bit secara berdampingan. Kaedah ini membolehkan lebih banyak data disimpan dalam storan. | Kamus Komputer |
rakaman | apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. | Kamus Pelajar |
pita rakaman | alat yg menggunakan pita utk merakamkan bunyi dan utk memperdengarkan rakaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
artis rakaman | penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
runut jam(clock track) | Jejak pada permukaan bahantara rakaman yang dirakamkan dengan suatu corak digit dan bertindak sebagai isyarat rujukan. Runut jam merupakan isyarat jam penyegerakan pada maklumat yang terakam dalam bahantara rakaman tersebut. | Kamus Komputer |
sela rekod(record gap) | 1. Ruang yang kosong di antara rekod-rekod. 2. Ruang pemisah di antara rakaman di dalam pita yang digunakan untuk menandakan akhir rakaman. | Kamus Komputer |
artis | 1 orang yg menghasilkan sesuatu karya seni (spt pelukis, penyajak, pemain muzik). 2 penghibur, spt penyanyi, pelakon. ~ rakaman penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |