Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menjadi rakan kerja, terutamanya dlm sesuatu jabatan, profesion dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakan
Rujuk :teman


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rakan sekerjaorang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
rakan sekerjaorang yg menjadi rakan kerja, terutamanya dlm sesuatu jabatan, profesion dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keterlaluan1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­lebihan, melampaui batas: tindakan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
sejawat1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun;Kamus Dewan Edisi Keempat
jawatjabat, pegang; sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun; berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan ber­jabat tangan, bersalaman; menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, me­nerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu ke­dudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang; jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; me­letakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll); ~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); sejawatan sama jawatan: rakan ~; berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi; perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhid­matan Awam; penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawat-an; ~ istana pekerja (pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di istana.Kamus Dewan Edisi Keempat
rakan sejawatkawan sekerja;Kamus Dewan Edisi Keempat
rakanorang yg dikenal rapat; sahabat; teman; kawan. ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb). ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisiplin, bertanggungjawab, amanah dan berdaya maju. ~ sekerja orang yg menjadi rakan kerja, terutamanya dlm sesuatu jabatan, profesion dsb. ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan (biasanya dlm permainan semasa zaman kanak-kanak). berakan bersahabat; berteman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rakan I= rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2. kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dll) atau sesuatu kegiat­an: ~ sejawat; ~ niaga; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pen­didikan keagamaan yg dijalankan di mas­jid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementeri­an, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yKamus Dewan Edisi Keempat
lalu I1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan per­jalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikut­nya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. men­jalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, me­neruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
rakananrakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2. kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dll) atau sesuatu kegiat­an: ~ sejawat; ~ niaga; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pen­didikan keagamaan yg dijalankan di mas­jid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementeri­an, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan; ~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pen­didikan keagamaan yg dijalankan di mas­jid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementeri­an, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas