Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rakyat;

Puisi
 

Rakyat datang menaiki lancang,
     Lancang hanyut ke Kuala Linggi;
Adik suka mengikut abang,
     Kalau tak abang siapa lagi?


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jelata; rakyat ~ rakyat biasa (bukan dr golongan bangsawan atau hartawan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelata; rakyat ~ rakyat biasa (bukan drpd golongan bangsawan atau hartawan); menjelata ark melata; ® lata III.Kamus Dewan Edisi Keempat
jembel(jémbél) Id sangat miskin; orang ~ orang miskin, pengemis; rakyat ~ rakyat yg miskin.Kamus Dewan Edisi Keempat
murbabiasa saja; jelata: kaum ~ kaum rendah; bukan kaum bangsawan atau bukan kaum hartawan; rakyat ~ rakyat jelata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
murbabiasa sahaja, hina, jelata, rendah; kaum ~ kaum rendah (bukan bangsawan atau hartawan), marhaen; rakyat ~ rakyat jelata.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengaburkanmenyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat);Kamus Dewan Edisi Keempat
mengaburkan mata rakyatmengelirukan rakyat (menipu rakyat);Kamus Dewan Edisi Keempat
Dewan Per­wakil­an RakyatId a) = D~ Perwakilan Rakyat Pusat Dewan Rakyat; b) = D~ Perwakilan Rakyat Daerah Dewan Undangan NegeriKamus Dewan Edisi Keempat
ranting1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggerakkan rakyatmembangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas