ralat pemuatan(loading error) | 1. Ralat yang berlaku semasa pemuatan atur cara ke dalam ingatan utama. 2. Ralat pada output akibat ralat semasa pemuatan. | Kamus Komputer |
ralat senyap(quiet error) | 1. Ralat yang dijumpai dan dibetulkan oleh pengatur cara tanpa pengetahuan pengguna atur cara. 2. Ralat yang tidak disedari yang tidak mengganggu pemprosesan secara langsung dan serta-merta. | Kamus Komputer |
julat ralat(error range) | 1. Kesemua nilai ralat yang mungkin terjadi bagi sesuatu kuantiti. 2. Perbezaan di antara nilai maksimum dengan nilai minimum ralat. | Kamus Komputer |
kod ralat(error code) | 1. Kod suruhan atur cara yang tersilap dikodkan oleh pengatur cara. 2. Kod yang berkaitan dengan ralat tertentu. | Kamus Komputer |
semakan ralat(error checking) | 1. Pelbagai teknik yang digunakan untuk menyemak kesempurnaan keadaan dan taraf operasi atau data. 2. Kaedah yang digunakan dalam penghantaran data untuk menyemak data yang dikirim bebas daripada ralat. | Kamus Komputer |
diagnosis(diagnostics) | 1. Teknik yang digunakan untuk mengesan dan mengasingkan kerosakan atau ralat dalam sistem dengan mencetak atau memaparkan taraf sistem yang diuji atau maklumat ralat yang terjadi. 2. Pesanan yang dicetak atau dipaparkan oleh komputer tentang sesuatu kerosakan atau ralat. | Kamus Komputer |
isyarat pembetulan(correcting signal) | 1. Isyarat khas dalam sistem segerak yang dihantar untuk membetulkan ralat sisihan. 2. Isyarat yang dikirim untuk membetulkan ralat dalam kawalan. | Kamus Komputer |
atur cara pengawas(monitor program) | 1. Perisian yang bertugas mengawas, menyelia, mengawal, atau mengesahkan pengendalian atau pelaksanaan sesuatu sistem atau proses. 2. Atur cara komputer yang bertugas menyediakan kod mesin daripada atur cara dalam bahasa sumber. 3. Atur cara yang berfungsi menyemak keadaan ralat yang boleh berlaku apabila atur cara dilaksanakan. Ralat ini boleh berbentuk limpahan angka, gelung tak berkesudahan atau percubaan menggunakan ingatan terlindung. Apabila ralat terjadi,atur cara pengawas akan cuba memulihkan ralat dan memberikan diagnosis keadaan. 4. Atur cara sistem pengendalian bagi sistem mikropemproses. | Kamus Komputer |
ralat I | 1 tidak betul; salah. 2 kesalahan (dlm cetakan atau tulisan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ralat I | 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. kesalahan cetakan (tulisan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |