ramah | suka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramah | 1. elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka menyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar; ~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan); beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu; meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya; keramahan sifat atau sikap ramah, kemesraan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
interviu | 1. temu ramah, temu bual, wawancara: Perdana Menteri telah mengadakan ~ selama satu jam; 2. temu duga: ia menunggu panggilan ~ utk jawatan kosong itu; menginterviu 1. menemu ramah, menemu bual, mewawancara: ia datang utk ~ guru besar; 2. menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa, dsb): beberapa orang pemohon pekerjaan itu telah dipanggil utk diinterviu; penginterviu 1. orang yg menginterviu (menemu ramah, menemu bual, mewawancara), penemu ramah, penemu bual, pewawancara; 2. orang yg menginterviu (menemu duga), penemu duga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinak | 1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~; 3. Id tidak bersemangat, tidak revolusioner; ~-~ lalat seseorang yg bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~ merpati perempuan yg kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri; berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan beramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah; menjinaki menegur dgn ramah-tamah, beramah-ramah dgn; menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ binatang; 2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka; kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~ burung-burung itu; penjinakan perbuatan (usaha dsb) menjinakkan (binatang): mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini kebanyakannya berlaku di benua Asia dan Eropah; penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peramah | 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berjinak-jinak | 1. = berjinak-jinakan beramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginterviu | 1. menemu ramah, menemu bual, mewawancara: ia datang utk ~ guru besar; 2. menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa, dsb): beberapa orang pemohon pekerjaan itu telah dipanggil utk diinterviu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penginterviu | 1. orang yg menginterviu (menemu ramah, menemu bual, mewawancara), penemu ramah, penemu bual, pewawancara; 2. orang yg menginterviu (menemu duga), penemu duga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceramah | 1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap; 2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (spt bahasa, politik, dll), syarahan: ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yg istimewa sekarang; berceramah memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~; menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai: ia ~ masalah politik dunia; penceramah orang yg berceramah, pembicara: sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinak | 1 tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2 tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah: perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb). ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang): Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu. kejinakan sifat atau keadaan jinak: Kanak-kanak itu hairan melihat ~ haiwan tsb. penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |