Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terjunmelompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Pere­nang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ramai1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ramai1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ramai1 banyak penduduknya: Pd zaman itu pelabuhan Melaka sangat ~. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 3 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 4 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang yg bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 5 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 6 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama orang banyak; tidak berseorangan: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah penduduknya:Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Bunga utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang.Kamus Pelajar
publik1. orang ramai, masyarakat umum, awam, umum: menarik perhatian ~; di muka ~ di hadapan orang ramai; 2. bkn orang ramai, terbuka kpd umum.Kamus Dewan Edisi Keempat
khalayakAr 1. segala yg dicipta oleh Tuhan, makhluk, manusia: maka segala ~ pun kembalilah masing-masing ke rumahnya; 2. = ~ ramai orang ramai, orang banyak, umum: ia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai; 3. orang ramai yg menjadi pembaca (pendengar atau penonton) hasil ciptaan sas­tera atau seni, para pembaca (para pendengar atau para penonton).Kamus Dewan Edisi Keempat
jemaah1 kumpulan orang beribadat: ~ haji rombongan orang naik haji. 2 orang ramai; perjumpaan ramai. ~ menteri kumpulan menteri yg dilantik utk mengendalikan kementerian masing-masing. berjemaah 1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengusung1 mem­bawa (seseorang) dgn menggunakan tandu; menandu: Penduduk-penduduk kampung itu telah ~ orang yg cedera ke am­bulans. 2 mengangkat atau membawa be­ramai-ramai di atas bahu: Mereka telah ~ jenazah itu ke kubur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
usungnaik tandu; dipikul beramai-ramai dgn tandu; bertandu. mengusung 1 mem­bawa (seseorang) dgn menggunakan tandu; menandu: Penduduk-penduduk kampung itu telah ~ orang yg cedera ke am­bulans. 2 mengangkat atau membawa be­ramai-ramai di atas bahu: Mereka telah ~ jenazah itu ke kubur. usungan 1 alat utk mengusung. 2 benda yg diusung: ~ itu sangat berat. pengusungan perbuatan atau hal mengusung. pengusung orang yg mengusung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meramaikan1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas