ramal | sesuatu yg dijadikan pegangan utk melihat nasib atau utk mengetahui sesuatu yg akan berlaku: membaca ~ menilik nasib orang; tukang ~ orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. meramalkan 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. ramalan sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramal II | sj sapu tangan: sehelai ~ sutera yg bertaburkan benang emas disampaikan di hulu keris itu; rumal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramal I | Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramalkan); peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramal | sesuatu yg dijadikan pegangan utk melihat nasib atau utk mengetahui sesuatu yg akan berlaku: membaca ~ menilik nasib orang; <i>tukangi> ~ orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. meramalkan 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung:i> Ia hanya ! nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima.i> 2 Memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah:<i> Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi.i> ramalan sesuatu yg diramalkan: ~<i> nya tidak tepat, kitab i>~ kitab nujum. | Kamus Pelajar |
tukang ramal | orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membaca ramal | menilik nasib orang; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
negeri ramal | negeri Arab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membaca (membilang, membuka) ramal | melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumal | ark sapu tangan, ramal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penelah | orang yg menelah; tukang ramal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |