ramal II | sj sapu tangan: sehelai ~ sutera yg bertaburkan benang emas disampaikan di hulu keris itu; rumal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telah II;menelah | penelah orang yg menelah; tukang ramal. | Kamus Pelajar |
telah II | ; menelah menyatakan apa-apa yg akan berlaku; meramalkan: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg akan terjadi kpd dirinya. telahan sesuatu yg ditelah; dugaan: ~nya meleset belaka. penelah orang yg menelah; tukang ramal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telah II | menelah mengatakan apa-apa yg akan terjadi, menenung, menilik, meramalkan: tidak dapat dia ~ apa yg akan terjadi pd dirinya; telahan sesuatu yg ditelah, agakan, dugaan: Tuk Guru membuat ~ berkenaan nasib Tengku Long; penelahan perihal (perbuatan dsb) menelah, penenungan, ramalan; penelah orang yg menelah, tukang ramal, penenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |