nujum | 1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, perbintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn melihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, meramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramalan | sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Ramalan | Id ® Ramadan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramalan | sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramalan(prediction) | Proses menganggar kewujudan keadaan atau suasana masa hadapan dengan agak-agak sahaja atau dengan menggunakan teknik lain yang subjektif. | Kamus Komputer |
ramalan | sesuatu yg diramalkan: ~ nya tidak tepat, kitab ~ kitab nujum. | Kamus Pelajar |
ramalan kegagalan(failure prediction) | Kaedah untuk menentukan jadual kegagalan peralatan bahagian tertentu sesuatu sistem berdasarkan jangkaan dan kiraan. Ramalan kegagalan membolehkan bahagian tersebut digantikan sebelum kegagalan sebenar berlaku. | Kamus Komputer |
soalan ramalan | soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prognosis | 1. ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutamanya setelah pesakit menjalani rawatan, spt pembedahan, dgn mengambil kira semua faktor spt umur dll; 2. ramalan atau telahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
projeksi | (projéksi) 1. anggaran atau ramalan tentang sesuatu berdasarkan data, keterangan, pemerhatian dsb yg diketahui; 2. gambaran, pancaran, sorotan: bahasa adalah suatu kenyataan ilmiah yg mendukung maksud sbg ~ drpd peribadi pemakainya; memprojeksikan membuat ramalan tentang sesuatu hal (rancangan) berdasarkan pemerhatian dan data yg sedia ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |