rambung II | sj tarian Siam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambung I | sj tumbuhan (pokok), Ficus elastica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah I | 1. cairan pekat yg keluar dr bermacammacam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |