rambut | 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerul | ikal, mengombak-ombak (rambut); berkerul 1. menyikat atau membuat rambut supaya ikal (mengombak-ombak); 2. menyikat rambut rapi-rapi (supaya dirinya kelihatan lebih kacak): orang-orang yg ~ dan tidak memakai songkok bukan tempatnya di rumah ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tocang | C 1. kepang rambut (anak perempuan dll), dandan; 2. Kd, Pn ekor kuda (fesyen rambut); bertocang 1. mengepang rambut, mendandan: seorang gadis Cina yg ~ panjang; 2. mengikat tocang (ekor kuda). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berus I | alat yg dibuat drpd bulu serabut, plastik, dsb yg dilekatkan pd kayu, plastik, dsb, digunakan utk membersihkan (menyapu, mengecat, dsb) sesuatu: lantai itu digosok dgn ~ dawai; mewarnakan lukisan dgn ~; ~ gigi berus khas utk menggosok gigi; ~ rambut berus khas utk merapikan rambut;berberus 1. mempunyai (ada) berus; 2. telah diberus;memberus 1. membersihkan dgn berus: sebelum mandi dia ~ giginya; 2. merapikan dll dgn berus: ia memakai seelok-elok pakaian dan ~ rambutnya;pemberusan perbuatan memberus;pemberus orang yg memberus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisir I | 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersihkan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambutnya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jala I | sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan; ~ anding sj jala utk menangkap ikan anding; ~ rambang sj jala yg mempunyai mulut besar; ~ rambut kain net kecil drpd nilon yg digunakan utk menutup rambut wanita agar kelihatan kemas; ~ tambang sj jala utk menangkap ikan tambang; ~ udang sj jala kecil utk menangkap udang; ikan terkilat, ~ tiba prb sangat cepat dapat menangkap maksud perkataan orang, tindakan yg cepat; jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll), bahagian atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang dll) tempat angin masuk; ~ rambut jala rambut; berjala 1. mempunyai jala; 2. menyerupai (berbentuk) jala: tumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~; menjala menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha; penjalaan perbuatan (kerja) menjala; penjala orang yg menjala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berandam | 1 sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2 mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. andaman hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. pengandam orang yg mengandam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
andam | anak rambut yg dipepat dan disisir baik-baik. berandam 1 sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2 mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. andaman hasil mengandam: ~nya kemas dan menarik. pengandam orang yg mengandam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
andam | anak rambut yg dipepat dan disisir baik-baik. berandam 1. sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2. mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. mengandam memotong dan mengatur rambut (misai, janggut) baik-baik. | Kamus Pelajar |
berandam | 1. sedang memotong rambut (misai, janggut) serta mengaturnya baik-baik. 2. mempunyai anak rambut (rambut, janggut dsb) yg dipepat baik-baik. | Kamus Pelajar |