beruban | 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uban I | rambut yg sudah putih (atau mulai menjadi putih): orangnya sudah tua juga, ada ~ sedikit di kepalanya; ~ tahi harimau rambut uban yg berbelak-belak hitam; beruban 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda; menguban 1. menjadi uban, memutih (rambut); 2. menyerupai uban; 3. = mengubani men-cabut uban; 4. sudah usang (pakaian dll); ubanan Jk 1. ada ubannya, beruban; 2. dlm kesusahan, kesempitan; pengubanan proses terbitnya uban, proses (rambut) menjadi uban: bahan itu boleh me- ngelakkan ~ sebelum matang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memutih | 1. menjadi putih, nampak putihputih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putih | I 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci; ~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning (bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a) mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut; ~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~ hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh; berputih; ~ mata prb berhiba hati menanggung rindu (spt seorang muda melihat tunangnya diambil orang); memutih 1. menjadi putih, nampak putihputih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu; memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu): kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap; memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah; menghitamkan dan ~ ki menentukan, membuat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati; keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih); keputih-putihan agak putih, kelihatan putih; pemutihan 1. perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900 000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balar | bkn binatang atau manusia yg lahir tanpa bahan pewarna semula jadi pd rambut dan kulit yg menyebabkan rambut dan kulit menjadi putih, bulai, sabun, salih: kerbau ~;berbalar, berbalar-balar mempunyai tempat (bahagian) yg putih-putih pd kulit: kulitnya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitam | 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg disukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg membolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sendiri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uban | rambut yg sudah menjadi putih atau yg mula menjadi putih. beruban 1 sudah ada uban di kepala atau sudah mempunyai uban: Belum tua lagi, dia sudah ~. 2 sudah tua; sudah lama hidup: Aku ini sudah ~ tetapi belum juga berasa senang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uban | rambut yg sudah menjadi putih atau yg mula menjadi putih. | Kamus Pelajar |
bulai | putih seluruh tubuh dan rambut kerana kekurangan sesuatu zat dlm tubuh; sabun; balar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulai | putih seluruh tubuh dan rambut kerana kekurangan sesuatu zat dlm tubuh; sabun; balar. | Kamus Pelajar |