ramu | ; meramu mencari bahan-bahan (kayu, ubat, dll) utk dipakai (digunakan): ~ akar-akaran dan daun-daunan utk membuat ubat; ~ rumah mencari kayu yg baik utk rumah; ramuan 1. bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): melainkan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~; 2. rempah-rempah yg dipakai utk menyedapkan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~-~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resep | (resép) IB 1. keterangan bkn ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan, resipi; 2. penentuan ubat (yg diberi oleh doktor). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramuan | 1. bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): melainkan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~; 2. rempah-rempah yg dipakai utk menyedapkan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~-~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resipi | 1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yg diperlukan dlm menyediakan sesuatu masakan atau makanan; 2. cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan; ~ kecantikan cara menjadikan diri (seseorang) cantik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemutihan | 1. perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900 000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubat-ubatan | 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan | 1. barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2. butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. | Kamus Pelajar |
datu I | 1. ark raja, ratu; 2. Mn tukang ubat-ubatan (ramuan), bomoh; 3. Jk orang yg keramat, orang yg telah meninggal; kedatuan 1. ark kerajaan, pemerintahan; 2. Mn tari-tarian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betul-betul | 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan | 1 barang-barang yg akan dijadikan benda-benda lain; ramuan utk membuat sesuatu: Emak sedang membeli ~ utk dibuat kuih. 2 butir-butir utk perbincangan, penulisan dll. ~ api benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. ~ kimia 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. ~ letupan bahan yg mudah meletup atau diletupkan dgn menghasilkan haba yg banyak apabila terkena kejutan, geseran atau cucuhan api. ~ pencemar ist sesuatu (spt asap kilang, debu) yg mencemarkan persekitaran. ~ pengawet ist bahan kimia yg digunakan utk mengawetkan sesuatu supaya tidak rosak atau tidak busuk. ~ tambah ist sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu, mis bahan penstabil dan bahan pengawet. ~ uji bahan yg digunakan di dlm makmal utk tujuan analisis kimia. perbahanan pelbagai bahan atau data utk kajian, penyelidikan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |