rancak | 1 cepat dan riang (bkn irama muzik, rentak tarian dll). 2 sungguh-sungguh; giat; aktif: Projek pembinaan jalan raya itu sedang ~ diusahakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
goreng | (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak; menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; menggorengkan menggoreng utk: “Emak, gorengkan saya sebiji telur”; gorengan sesuatu yg digoreng; penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rancak I | 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas; merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~; merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara; kerancakan perihal rancak; kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemau | 1. tidak rancak (bunyi-bunyian); 2. tidak garing, lembik (spt biskut yg masuk angin dll); 3. lemah urat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mazurka | (Muz) 1. tarian rancak orang Poland, biasanya ditarikan oleh empat atau lapan pasang penari: tarian ~; 2. muzik yg digubah utk mengiringi tarian 1. di atas: muzik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
irama | 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan. berirama dgn (memakai) irama, berentak; gerak badan ~ gerak badan mengikut irama; mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rancak | 1 cepat dan riang (bkn irama muzik, rentak tarian dll). 2 sungguh-sungguh; giat; aktif:<i> Projek pembinaan jalan raya itu sedang ~ diusahakan.i> | Kamus Pelajar |
joget | (jogét) sj tarian dan lagu Melayu yg agak rancak iramanya, ronggeng, tandak; buaya ~ laki-laki yg tergila-gilakan perempuan joget; ~ lambak joget yg berasal dr Melaka, ditarikan dgn gerak tari yg agak rancak dlm majlis spt perkahwinan dan temasya; penari (perempuan) ~ wanita yg mencari wang dgn menari joget; berjoget 1. menari joget; 2. menari (sebarang tarian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samba | 1. sj tarian moden dan rancak yg berasal dr Brazil; 2. muzik yg digubah utk mengiringi tarian 1. di atas: muzik ~; bersamba menari samba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemau | 1 tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |