mencedok | 1. mengaut atau mengambil dgn senduk (cebok, gayung, dll): ~ gulai dgn sudu; 2. ki mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll): ahli-ahli diminta menghantar ciptaan sendiri dgn tidak ~ karangan orang lain; rancangan-rancangan itu dicedok drpd rancangan-rancangan yg telah lalu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cedok (cédok) | ; mencedok 1. mengaut atau mengambil dgn senduk (cebok, gayung, dll): ~ gulai dgn sudu; 2. ki mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll): ahli-ahli diminta menghantar ciptaan sendiri dgn tidak ~ karangan orang lain; rancangan-rancangan itu dicedok drpd rancangan-rancangan yg telah lalu; cedokan ki yg dicedok, hasil mencedok: ~ dan ikutan drpd falsafah Greek; pencedokan perihal atau perbuatan mencedok atau meniru hasil karya (ilmu, idea dsb) pihak lain: usaha ini mampu menyelesaikan masalah ~ ilmu dr luar; pencedok 1. alat utk mencedok; 2. (ERT) alat seakan-akan sudu bulat yg jeluk, biasanya digunakan utk mencedok aiskrim, tembikai dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperbaik | menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramalan | sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raksasa | 1. sj makhluk spt manusia yg sangat besar dan tinggi badannya (dlm cerita-cerita), bota, gergasi; 2. ki tersangat besar, besar sekali; kekuatan ~ kekuatan yg besar sekali; kemajuan ~ kemajuan yg tersangat besar; rancangan ~ rancangan yg besar sekali; rapat ~ rapat umum yg besar (biasanya di tanah lapang); raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran: kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar berhadapan satu dgn lain; keraksasaan (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur cara | 1. jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll): ~ persidangan adalah mengikut aktiviti jawatankuasa dan kumpulan tertentu; masing-masing mempunyai ~ dan rancangan-rancangan tersendiri; 2. (Komp) urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer yg membolehkan data diproses (oleh komputer); pengaturcaraan (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer; pengatur cara 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~ majlis; 2. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yg berkaitan boleh di-proses oleh komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemaskinikan | menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rancangan raksasa | rancangan yg besar sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perincian | 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan perbelanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dll: ~ rancangan pembangunan yg diterima oleh kabinet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audiens | para penonton, pendengar, pembaca dsb sesuatu persembahan, rancangan, karya dsb: Rancangan itu dibuat khas supaya ~nya dpt memberikan maklum balas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |