rangkaian neural(neural network) | Sistem komputer yang terdiri daripada pemproses yang disambungkan dalam rangkaian untuk menyerupai rangkaian otak manusia. | Kamus Komputer |
rangkaian nilai tambahan(value-added network) | Rangkaian komputer yang disewa oleh suatu pihak daripada penyedia rangkaian yang kemudiannya disewakan kepada pihak ketiga setelah rangkaian tersebut ditambah dengan beberapa ciri, kemampuan, dan perkhidmatan. Singkatan VAN. | Kamus Komputer |
get laluan | ist perisian atau peranti yg membolehkan pengguna dlm satu rangkaian mencapai rangkaian lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rangkaian bintang(star network) | Rangkaian komputer dengan komputer hosnya berada di tengah-tengah sistem dan setiap komputer dalam rangkaian ini perlu melalui komputer hos untuk berhubung dengan komputer lain dalam rangkaian ini. | Kamus Komputer |
kesedaran rangkaian(network awareness) | Pengetahuan tentang status rangkaian yang perlu diketahui oleh terminal cerdas atau pangkalan utama dalam rangkaian perhubungan komputer. | Kamus Komputer |
rangkaian kawasan luas(wide area network) | Rangkaian komputer untuk menyambungkan komputer dan peranti persisian yang terletak jauh di antara satu sama lain. Rangkaian kawasan luas memerlukan penggunaan modem. Singkatan WAN. | Kamus Komputer |
faksimile(facsimile) | Sistem penghantaran salinan imej dokumen melalui rangkaian telefon atau rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
get | /gét/ ist peranti komputer yg mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih. ~ laluan ist perisian atau peranti yg membolehkan pengguna dlm satu rangkaian mencapai rangkaian lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lapisan rangkaian(network layer) | Lapisan ketiga model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan fungsi dan tatacara pertukaran unit data rangkaian antara dua bahagian pengangkut data melalui penyambungan rangkaian. Lapisan ini membebaskan bahagian pengangkutan daripada masalah pensuisan. | Kamus Komputer |
bintang pasif(passive star) | Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bintang, dengan nod utama bertugas hanya sebagai penyambung rangkaian nod dan tidak bertugas untuk memproses mesej dalam rangkaian .Oleh sebab nod pusat itu pasif, kemungkinan nod pusat gagal adalah kecil dan rangkaian boleh terus berfungsi dalam keadaan biasa. | Kamus Komputer |