rani III | ark (tinggi rendah) nada suara, laras, lagu: ~ gambus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rani II | ® ghani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rani I | raja perempuan, permaisuri, ratu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suri III | raja perempuan, rani; ibu ~ ibunda raja; ~ rumah (tangga) isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dermawan | 1. orang yg suka menderma (pemurah hati); 2. suka atau selalu menderma (bersedekah): seseorang raja yg gagah berani, limpah murah lagi ~ akan dikasihi rakyat; kedermawanan perihal dermawan, kemurahan (keikhlasan) hati, ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersemadi | 1. mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran: sedang ia ber-semadi di gua Hira’ tiba-tiba datang seorang yg tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya; 2. ki kekal: perasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ; di situlah rupanya ~ Raja dan Rani dewa dewi per-cintaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semadi | = bersemadi 1. mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran: sedang ia ber-semadi di gua Hira’ tiba-tiba datang seorang yg tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya; 2. ki kekal: perasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ; di situlah rupanya ~ Raja dan Rani dewa dewi per-cintaan; menyemadikan mengebumikan, menguburkan: jenazahnya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di situ; persemadian perihal bersemadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |