Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ranum:

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ranum1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nam­paknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau me­ranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna.Kamus Dewan Edisi Keempat
ranumterlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ranumterlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput.Kamus Pelajar
meranumkanmenjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang;Kamus Dewan Edisi Keempat
meranummenjadi ranum;Kamus Dewan Edisi Keempat
masak lumranum, terlampau masak (buah-buahan).Kamus Dewan Edisi Keempat
lumark; masak ~ ranum, terlampau masak (buah-buahan).Kamus Dewan Edisi Keempat
magang 1terlalu masak; ranum (bkn buah). 2 hampir masam (bkn nira dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
keranumanperihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula;Kamus Dewan Edisi Keempat
lebu IIITr terlalu masak, ranum: makan habislah pisang tu. Kalau disimpan tidak sedap dimakan lagi kerana sudah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas