ranum | 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nampaknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau meranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magang 1 | terlalu masak; ranum (bkn buah). 2 hampir masam (bkn nira dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
magang II | 1. terlampau masak (buah-buahan), ranum; 2. hampir masam kerana mengalami perubahan kimia (bkn nira, tapai dsb); memagang membuat (memproses) sesuatu supaya jadi magang, menapai (tapai dll); pemagangan perihal memagang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jatuh | 1 turun (terlepas) ke bawah dgn cepat; gugur atau luruh ke bawah: Buah yg ranum itu ~ ke tanah apabila ditiup angin. 2 menjadi kurang (bkn harga, nilai dll); merosot: Banyak juga peniaga yg rugi semasa nilai mata wang Inggeris ~ dahulu. 3 bersamaan dgn: Hari Raya Puasa ~ pd hari Sabtu. 4 menjadi (miskin, sakit dll): Bapanya ~ sakit. 5 tidak berhasil; gagal: Perusahaannya ~ kerana ditipu oleh pelanggan-pelanggan. 6 kalah atau dirampas (musuh); tidak dpt dipertahankan: Bandar itu telah ~ ke tangan musuh. ~ hati (kasih) menaruh cinta kpd seseorang. ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll). ~ nama mendapat nama buruk. menjatuhi menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. menjatuhkan 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. ~ maruah memberi malu. ~ talak menceraikan isteri. terjatuh jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. kejatuhan perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jatuh | 1. turun (terlepas) ke bawah dgn cepat; gugur atau luruh ke bawah:Buah yg ranum itu ~ ke tanah apabila ditiup angin. 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai dll); merosot:Banyak juga peniaga yg rugi semasa nilai mata wang Inggeris ~ dahulu. 3. bersamaan dgn: Hari Raya Puasa ~ pd hari Sabtu. 4. menjadi (miskin, sakit dll): Bapanya ~ sakit. 5. tidak berhasil; gagal: Perusahaannya ~ kerana ditipu oleh pelanggan-pelanggan. 6. kalah atau dirampas musuh; tidak dpt dipertahankan:Bandar itu telah ~ ke tangan musuh. ~ hati (kasih) menaruh cinta kpd seseorang. ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll). ~ nama mendapat nama buruk. menjatuhi menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd:Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2. menurunkan (nilai, harga dll):Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3. mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan:Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4. melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman:Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu.,/i> ~ maruah memberi malu. ~ talak menceraikan isteri. terjatuh jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. kejatuhan perihal jatuh:~ nilai mata wang merugikan negara. | Kamus Pelajar |
ingin | berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masak | 1. sudah tua dan boleh dimakan (buahbuahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak makanan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dll), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buahbuahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat laukpauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makanan; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat laukpauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacammacam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) memasak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |