ketam I | tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litup | tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu; melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintup | tertutup rapat-rapat, litup; melintup menutup rapat-rapat; melintupi menyelubungi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetapkan | mengatupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan ~ giginya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetap | mengatupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan ~ giginya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetamkan | mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetam | mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketap | ; mengetap, mengetapkan mengatupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan ~ giginya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litup | rapat sekali; tidak terbuka sedikit pun: berselimut ~. melitupi menutupi rapat-rapat; menyelubungi; menyelimuti. terlitup tertudung rapat-rapat. litupan sesuatu yg melitupi: ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. pelitup penutup (badan enjin). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
katup I | 1. ditutup (tertutup) rapat-rapat; 2. sesuatu yg digunakan utk menutup, tutup, tutupan; berkatup (telah, sudah) ditutup: pintu pejabat itu sudah ~; mengatup menutup (pintu, mulut, dll): ia naik ke rumahnya dan ~ pintu; mengatupkan, memperkatupkan menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan, merapatkan: budak-budak yg lalu di jalan itu disuruhnya tangkap, dimasukkan ke dlm pagar dan dikatupkan pintunya; terkatup tertutup rapat-rapat (bkn pintu dll), terkancing (mulut): ia berdiri tegak bertentang dgn muka pintu yg ~ rapat itu; katupan tutupan (pintu dll): terdengar akan langkah terakhir dan disusuli oleh ~ pintu; pengatup sesuatu utk mengatup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |