memalis | menggosok rapi-rapi (licin-licin). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemasi | mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemas | mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palis III | Jk; memalis menggosok rapi-rapi (licin-licin). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merakit | 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi; 3. mereka-reka, mencari akal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkerul | 1. menyikat atau membuat rambut supaya ikal (mengombak-ombak); 2. menyikat rambut rapi-rapi (supaya dirinya kelihatan lebih kacak): orang-orang yg ~ dan tidak memakai songkok bukan tempatnya di rumah ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerul | ikal, mengombak-ombak (rambut); berkerul 1. menyikat atau membuat rambut supaya ikal (mengombak-ombak); 2. menyikat rambut rapi-rapi (supaya dirinya kelihatan lebih kacak): orang-orang yg ~ dan tidak memakai songkok bukan tempatnya di rumah ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas | 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unit rawatan rapi | unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unit rawatan rapi | unit atau bahagian di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |