Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapuh
Rujuk :rangup


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bangsai1. rapuh dan buruk (kayu, rumah tua, dll), lapuk; 2. ki kurus kering (badan dll), tidak berisi (padi); nibung ~ bertaruk muda prb orang tua yg kemuda-mudaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapuh1 mudah patah; mudah pecah: Kayu itu ~. 2 tidak teguh (bkn pen­dirian); lemah (jiwa). merapuhkan menjadikan rapuh. kerapuhan keada­-an atau sifat rapuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rapuh1. mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek): keropok yg ~; daun-daun musim buah yg telah ~ dan reput; 2. ki tidak teguh, tidak kuat, lemah: tubuh yg kecil ~; betapa lemahnya dan betapa ~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dgn pengaruh dr luar; pertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan betapa ~nya hubungan yg terjalin antara kita; hidupnya (nyawanya) ~ lekas mati; ~ hati a) lemah hati (semangat), lunak; b) mudah tersinggung perasaannya; ~ iman tidak kuat (teguh) iman; ~ jiwa (semangat) lemah jiwa (semangat); ~ mulut tidak dapat me­nyim­pan rahsia, suka sangat bercakap; merapuhkan menjadikan (menyebabkan) rapuh; kerapuhan 1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll); perapuh 1. sesuatu yg merapuhkan; ilmu ~ jampi (mantera) utk melembutkan musuh (senjata dll); 2. (orang yg) mudah rapuh (hati dll): peguam muda yg ~ hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerapuhan1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
mulur1. tidak rapuh dan dapat memanjang, dapat dijadikan panjang (logam dsb): pokok ini perlu dipancang kerana mempunyai batang dan dahan yg ~; 2. Id, ki tidak keras kepala, boleh bertolak ansur; kemuluran perihal mulur.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapuh1 mudah patah; mudah pecah: Kayu itu ~. 2 tidak teguh (bkn pendirian); lemah (jiwa).Kamus Pelajar
seramik(séramik) 1. bahan keras dan rapuh yg dibuat dgn membakar tanah liat dll; 2. barang, spt kepingan lantai, yg dihasilkan drpd tanah liat, tembikar, dll; 3. seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
getas I1. mudah pecah (patah), rapuh; 2. ki mudah patah hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
arang I1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); mem­basuh­kan ~ yg terconteng di muka prb meng­hilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangup1. mudah pecah atau patah, rapuh: dinding zink minyak tar itu akan ~ dilanyak traktor; 2. pecahan: ~-~ tulang pecahan tulang; merangupkan menjadikan rangup (mudah pecah atau patah); kerangupan perihal (keadaan dsb) rangup: biskut yg dibakar sempurna utk ~ sejati.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas