Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasional
1. Bersinonim dengan wajar
( logik, waras, patut, berasas, bijak, munasabah, masuk akal, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan alasan
( kewajaran, hujah, asas, bukti, dalil, pandangan, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : merasionalkan, kerasionalan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rasional1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak per­minta­annya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~? merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional, menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini? kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pe­nga­­rang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud; perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik.Kamus Dewan Edisi Keempat
rasional1 mengikut fikiran yg baik (sihat): Masalah itu perlu difikirkan secara ~. 2 alasan yg wajar bagi sesuatu perbuatan, tindakan dsb: Berikan ~ mengapa kamu bertindak demikian. merasionalkan menganggap sesuatu perbuatan, tindakan dsb adalah wajar: Kamu tidak boleh ~ perbuatan kamu yg agak keterlaluan itu. kerasionalan keadaan atau hal rasional: ~ alasan itu masih dipertikaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
fetisy(fétisy) (Psi) 1. objek yg sangat merangsang keinginan atau keghairahan nafsu syahwat seseorang; 2. sesuatu, mis gambar seseorang yg dipuja, dan barang tertentu, yg boleh menimbulkan kegilaan atau perasaan yg tidak rasional pd seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembawa1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun.Kamus Dewan Edisi Keempat
waras1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya; kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran); ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak).Kamus Dewan Edisi Keempat
bawa; berbawaan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya;membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;membawakan 1. membawa utk seseorang: Salina ~ anaknya kopi dan roti; 2. menyampaikan, membaca, menyanyikan: dua tiga orang drpd mereka ~ lagu “Arya Mala”;terbawa 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; bawaan 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah;pembawaan 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari;berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;pembawa 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas