rasuah | pemberian utk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap): Jabatan Pencegah R~; merasuahi memberi rasuah kpd: dia dituduh ~ pegawai itu; perasuah orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perasuah | orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sogok II | = wang ~ = sogokan wang rasuah (suap); makan ~ ki menerima rasuah, makan suap; menyogok 1. merodok (ke dlm), menjolok: ia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dgn gelas itu; 2. ki memberi rasuah, menyuap; menyogokkan 1. ki memberi rasuah kpd, menyuapi: mereka bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas merah, mereka segera diam; 2. menghulurkan, mengunjurkan, mengunjukkan: tangannya ~ dua cawan berisi arak kpd kami; sogokkan sebatang rokok kepadanya; 3. ki mengemukakan (utk diterima, digunakan, dsb), menyorongkan, menonjolkan: sebelum murid-murid disogokkan dgn bahan-bahan pelajaran yg lebih formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya; penyogok orang yg memberikan sogokan: ~ juga mesti didakwa di mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suap | 1. sebanyak yg dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dll): boleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; 2. = wang ~ wang sogok, rasuah; makan ~ menerima rasuah; bersuap makan dgn tangan; bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, bertukar suap (pengantin yg sedang bersanding dll): setelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya; menyuap 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; menyuapkan memasukkan (makanan dll) ke dlm mulut seseorang: ia ~ pulut kacau ke dlm mulut anaknya; mempersuapkan sl menyuruh atau meminta bersuap-suapan (pengantin yg sedang bersanding): pengantin itu dibawa naik ke dlm istana dipersandingkan dan dipersuapsuapkan makan nasi kunyit; suapan 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dimasukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasuah | 1 perbuatan yg salah di sisi undang-undang spt menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dll). 2 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg sokongan: Dia dipecat kerana menerima ~ sebanyak RM5,000/-. | Kamus Pelajar |
sogok | , = wang ~ wang yg diterima kerana membenarkan berlakunya sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap. menyogok 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 merodok ke dlm lubang dll; menjolok. menyogokkan 1 memberikan sesuatu sbg rasuah: Setelah disogokkan beberapa keping wang kertas, mereka segera diam. 2 memberikan sesuatu dgn menghulurkannya; mengunjukkan: Tangannya ~ sebatang rokok daun kpd Pak Mat. 3 ki mengemukakan sesuatu utk diterima, digunakan dsb: Sebelum bahan-bahan pelajaran yg lebih formal disogokkan, murid-murid haruslah menguasai beberapa kemahiran persediaan. sogokan wang sogok. penyogok orang yg memberikan sogokan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasuah | 1 perbuatan yg salah di sisi undang-undang spt menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dll). 2 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg sokongan: Dia dipecat kerana menerima ~ sebanyak RM5,000/-. perasuah orang yg memberi rasuah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sorong | 1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: terdengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. mengajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksakan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, tertolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjolkan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu selekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikalnya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pemberian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korapsi | rasuah, kecurangan; ®korupsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sogokan | wang rasuah (suap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |