rasuk II | ; merasuk masuk ke dlm tubuh manusia (bkn hantu, jin dll): Mereka terjerit-jerit dan meraung bagaikan dirasuk hantu. kerasukan kemasukan (hantu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasuk II | ; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll; merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orangnya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajarannya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): berbagai-bagai fikiran datang ~ hatinya terutama fikiran hendak menceraikan isterinya; rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasuk II; merasuk | masuk ke dlm tubuh manusia (bkn hantu, jin dll): Mereka terjerit-jerit dan meraung bagaikan dirasuk hantu. kerasukan kemasukan (hantu dll). | Kamus Pelajar |
susuk II | 1 baji atau pasak utk mengetatkan rasuk dll; sesuatu yg digunakan sbg semat: ~ sanggul (kondai) penyemat sanggul. 2 jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm badan supaya kelihatan manis atau berseri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susuk II | 1. sj pasak atau baji (utk mengetatkan rasuk dll), penyemat (baju dll), susuh, tusuk; ~ igu pasak utk melekatkan igu; ~ kondai = ~ sanggul penyemat sanggul; 2. jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm kulit muka dll utk memaniskan rupa; 3. lubang tempat memasukkan sesuatu (butang dll); ~ baju lubang tempat kancing baju; ~ pelipit tempat meletakkan geligin (pd alat tenun); bersusuk 1. memakai susuk, berpasak; 2. memakai susuk utk pemanis; bersusuk-susuk, bersusuk-susukan berasak-asakan (kerana terlalu ramai dll); menyusuk 1. mencucuk, menusuk; 2. memasukkan jarum emas dll dlm kulit utk memaniskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelancar II | kayu palang yg dipasang memanjang utk menyangga rasuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susuk II | 1 baji atau pasak utk mengetatkan rasuk dll; sesuatu yg digunakan sbg semat: ~ sanggul (kondai) penyemat sanggul. | Kamus Pelajar |