rayau | ; merayau, merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; perayau orang yg suka merayau, kutu rayau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayau; merayau, merayau-rayau | 1 pergi ke mana-mana; berkeliaran utk mencari sesuatu: Jangan membiarkan kanak-kanak ~ di tepi lombong itu. 2 meraba-raba kerana mencari atau mengambil sesuatu: Tangannya ~ mengambil serdak kuih. | Kamus Pelajar |
rayau | ; merayau, merayau-rayau 1 pergi ke mana-mana; berkeliaran utk mencari sesuatu: Jangan membiarkan kanak-kanak ~ di tepi lombong itu. 2 meraba-raba kerana mencari atau mengambil sesuatu: Tangannya ~ mengambil serdak kuih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merayau-rayau | 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merayau | , merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutu rayau | orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambu II | ; kaki ~ orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan. merambu merayau-rayau (berjalan-jalan) ke sana sini tanpa tujuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rambu II; kaki ~ | orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan. merambu merayau-rayau (berjalan-jalan) ke sana sini tanpa tujuan. | Kamus Pelajar |
paun III | tempat mengurung binatang (kerbau, lembu, dll) yg merayau-rayau; masuk ~ mengurung binatang yg merayau-rayau dlm paun (sehingga diambil oleh tuannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambu III | ; kaki ~ bp orang yg suka merayau-rayau ke sana sini (tanpa tujuan); merambu berjalan ke mana-mana (tanpa tujuan), merayau-rayau ke sana sini, berkeliaran: ~ siang dan malam itulah kerjanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |